Bertemu kita kembali..
kenapa dgn minyak wangi ek? heheh ok arini nak share tntg layak ke tak minyak wangi yg kita pakai yg ad alkohol tu nak bawak pegi sembahyang..so sebelum tu..nak ingatkan kat korang..solat tu tiang agama..jadi kita sentiasa kene cuba mencari yg terbaik utk solat kita kan.. hehe..
So ini just nak sharing je ngan u olls semua...maklumat ni bukanlah sy reka semata tp mengambil maklumat dari majalah Solusi..so lepas ni drp duk asyik beli majalah playboys..so sesekali kita beli la majalah solusi ni..hehe.. so, sy copy soalan and jawapan dari majalah solusi utk tmbah pengetahuan korang.. :)
Soalan : Adakah minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yg beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu betul ni sebenarnya? pening tau tak aku pk..(hehe ayat yg belakang tu saje ditambah..)
JawaPannyerrR :
Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampukan dengan arak.
Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alkohol yang dihasilkan drp biji-bijian ini yang dinamakan sebagai "alkohol Etil' (alcohol Ethyl) atau 'thanol". Sementara kayu-kayuan pula disebut sebagai "Methyl" atau Metanol. Alkohol Etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.
Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yg digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak(absolute ethanol) yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alkohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati! haha ;)
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya'rawi dalam bukunya Anta Tas'al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol tidak najis..
Alhamdulillah maka terjawabla soalan..Selamat la minyak wangi yg korang dah beli..hehehe
No comments:
Post a Comment