Monday 25 July 2011

Biskut Raya

Assalamualaikum kawan2!! how r u??

Tinggal hanya kurang seminggu je lagi kita umat islam nak berpuasa kan..Selamat Menjalani ibadah Puasa sebaiknya..Dan sy berdoa bulan puasa ini akan memberi perubahan yang besar buat diri saya dari segi apepun selama mana ianya tetap lurus ke Jalan Allah..InsyaAllah..Mohon berkat doa semua juga..

Ok2..Disamping itu saya mahu meng uar uarkan (hebahkan) bahawa saya telah melantik diri sy untuk membantu makcik sy meniaga biskut raya..Oleh itu sgt bergembirala sy di sini utk menyenaraikan contoh2 biskut yg akan dijual..tp gambar tak petik lagi masuk dlm kamera utk tatapan kalian..takpe2 kita senaraikan dulu k..

Tart Nenas : RM25.00 sahaja

Almond London : RM25.00 sahaja

Bangkit Kelapa : RM 17.00 sahaja

White Hazel Nut : RM25.00 sahaja

Choc Hazel Nut : RM25.00 sahaja

Cornflakes Crunch : RM25.00 sahaja

Suji : RM21.00 sahaja

Almond Chocolate Chip : RM25.00 sahaja

Samperit Bunga : RM21.00 sahaja

Nestum : RM21.00 sahaja

100% hand made, 100 % bumiputera, Ayuh kita support!!..(hehe) Last order sebelum atau pada 15/8/2011

Call Shahrul : 017-2303213 / Nurul Aini : 017-7155075
kalo nak rasa leh tepon ye..t leh bagi sample..tp bulan pose t kalo nak rasa pas berbuka lah ye..hehe
Selamat Menempuh bulan Ramadhan dgn penuh istiqamah n ikhlas.. I loveeee u alll.. ;)

Tuesday 12 July 2011

Aku nak GeLAK jap!! hahaha..


halo2..kwn2..sesekali rasa mcm nak gelak jgk..tak nak serius je kan..meh gelak sesama..hahaha..

 
Pada suatu hari, Pak Pandir melawat ke sebuah negara Timur Tengah. Oleh kerana sudah lewat malam, Pak Pandir menahan teksi untuk pulang ke hotelnya.
Pemandu : Mau ke mana encik (dalam bahasa arab)
Pak Pandir : Jalan Antah Berantah. Berapa?
Pemandu : Sepuluf ringgit syeikh.
Pak Pandir : Baiklah.
Pak Pandir pun naik teksi dan pulang ke hotelnya. Setibanya dia hotel,
Pak Pandir : Nah 5 riyal.
Pemandu : Haih encik, tambangya 10 riyal.
Pak Pandir : Hish ente ni. Kita kan naik teksi ni dua orang, 5 riyal seorang lah.
Pak Pandir terus lari ke dalam hotel. huhu


 
Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."

Tertinggal Isteri

Seorang lelaki kelihatan memandu laju dan berhenti di depan dewan bersalin. kemudia beliau turun dari kereta dan tergesa-gesa berlari ke dalam dewan bersalin.
tidak lama kemudian, kelihatan seorang jururawat menolak lelaki tersebut yang sedang pengsan di atas kerusi roda.
rupa-rupanya beliau tertinggal isterinya yang hendak bersalin di rumah!!!


 
Seorang gadis berusia awal 20an menemui seorang doktor pakar jiwa.

"Doktor, saya rasa teramat marah yg sangat-sangat dgn boyfreind saya hinggakan saya memanggilnya manusia bang_sat Ada kalanya saya rasa ianya keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa sememangnya patut saya memanggil dia macamtu.."

"Hmm.. panggilan itu sememangnya satu kejian &hinaan yg agak melampau untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu ada sebab
tersendiri sehingga memangilnya sedemikian. Ceritakan & luahkanlah kpd saya agar saya dapat membantu.."

"Ya memang ada.. pd satu malam kami berduaan di tepi pantai dalam kereta.

Dia pegang tangan saya."

"Dia pegang tangan kamu macam ni ke?"

"Ya. Macam yg doktor buat nilah caranya"

"Kalau hanya sebab ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bang_sat. Itu tandanya dia tidak mahu berengang dgn kamu…"

"Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya…"

"Dia buat macam ni ke?"

"Ya. Macam ni lah dia peluk saya doktor.."

"Itu bukan bangsaat, itu tandanya dia mahu sentiasa berdamping dgn kamu."

"Kemudian dia cium saya.."

"Dia cium kamu macam ni ke?"

"Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor buat."

"Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bang_sat.Itu tandanya dia sayangkan kamu."

"Kemudia dia memasukkan tangannya kedalam baju aya & meraba2 buah dada saya doktor.."

"Dia buat macam ni ke?"

"Ya.Macam doktor buat inilah cara dia emperlakukannya.."

"Itu bukan bang_sat, itu tandanya dia mahu mmbelai diri kamu.."

"Kemudian dia menanggalkan kesemua pakaian saya satu persatu.."

"Adakah kamu membantah tindakannya?"

"Tidak. malah saya merelakannya sebab saya sayangkan dia.."

"Dia tanggalkan pakaian kamu macam ni ker?"

"Ya. Sampai saya berbogel sepenuhnya macam sekarang ni doktor…"

"Itu masih belum patut dipanggil bang_sat kerana apa yg dia buat sebab nak mengenali diri kamu sepenuhnya"

"Kemudian dia mencumbui saya lalu mengadakanhubungan seksual sepenuhnya dgn saya…"
…..

…..

…..

"Dia buat macam yg kita buat tadi ker?"

"Ya. Memang itulah yg kami lakukan ketika itu"

"Itu juga masih belum boleh dipanggil bang_sat. Itu tandanya dia memerlukan kamu."

"Kemudian dia memberitahu saya yg dia sebenarnya ada AIDS"

"CHESSSS!!!!! MANUSIA BANGSAAAATTTTT!!!!!"

Semua pekerja klinik terkejut dgn jeritan doktor pakar jiwa itu.. 


Di dalam satu bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan oleh si cikgu.

Cikgu: Manap, kenapa awak bergegar-gegar? Awak tak sihat ke?

Manap: Maaf cikgu. Saya terpilih opsyen ‘vibrate’. Saya tukar kepada silent ya.


 
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,"Biar muntahnya lebih cepat."

 ni saje selingan utk korang gelak2..hehe
boleh layari http://lawak-jenaka.blogspot.com for more lawak k..adiooss.. ;)


Monday 11 July 2011

5 cara menghilangkan STREEsSSSS!!!!! :)

Assalamualaikum w.b.t

Semoga Allah membukan pintu rezeki buat kita dari setiap penjuru alam..melimpah2 dengan banyakkan..rezeki yg banyak dan berkat..amin..InsyaAllah.. :) hehe

ok2..harini nak cerita n bagi tips 5 cara utk menghilangkan stress..setiap org confirm mesti pernah stress tol tak..kdg2 smpi tak reti dah nak uat cmne utk tenangkan kepala hotak yg tengah berserabut..tetiba ad plak kwn cari pasal nak cari gaduh la itula inila..mcm2 hal! hehehe..

so mulai skrg korang tak yah susah2 nak pening kepala kasi settle..kita gunakan 5 cara ni utk atasi stress..ok let's baca..hehe


1. SENYUM

percaya atau tidak..senyuman mampu mengawal tekanan..Rahsia kenapa Allah berikan setiap manusia di muka bumi ini sebuah senyuman kerana senyum itu adalah UBAT, cer try korang senyum skrg..confirm! atleast stress korang dah reduce skit..kalo tak reduce gak..meh kita man to man talk..ad braan??aku kasi coaching sikit..hehehe (senyum mampu m'jadi penawar pada penyakit rohani yg kronik,tidak perlu modal, hanya sekelumit ikhlas utk memaniskan senyuman itu,mampu menyejukkan hati yg sedang marah n mampu juga memulakan sebuah ikatan..awwwww....hehe..www.macam-2.com :)

2.KETAWA..

ok2..ad org, senyum tak membantu mereka..dah tgh stress2 bagai mcm mane nak senyum cik peah oii..hehhe mcm tu la lebih kurang..ok2 kalo korang nak senyum pun susah..pilihla utk ketawa..aik?? nak senyum pun payah nak suruh aku ketawa plak..apehal..tau tak tgh stress ni? hehe..korang tau tak..ok tak tau..fine aku bagitau..sekiranya korang ketawa sel pembunuh tumor dan virus  dlm badan akan ber+, bertambah juga sel T bagi sistem pertahanan  badan dan sel B utk menghasilkan antibodi melawan penyakit..wow! dan hampir 40% org yg mengidap penyakit jantung adalah kerana kurangnya ketawa..hehe..ketawa mampu utk mengurangkan kedut dimuka, juga satu senaman wajah dan m'bantu proses pengepaman darah ke otak dgn lebih cepat yang mana ianya akan m'aktifkan sistem saraf di otak dan membuatkan seseorang lebih cergas dan bertenaga...mulai skrg..korang rajin2 la ketawa..kalo kerja bnyk sgt kat ofis tu..sabo je lerrr..korang buatla kerja smbil ketawa..haha boleh gtu? (boleh search lebih detail melalui www.macam-2.com)

*selingan* (seekor kuda boleh berlari sepantas keretapi,namun seekor tikus yg menaiki keretapi mampu mengalahkan kuda!)hahah


3. Menangis..

ok fine..kalo rasa tak leh ketawa..fine! menangis je lerr..nak buek cmno..kalo korang dah stress sgt2..jgnla ditahan2 air mata tu..kasi tumpah je..org prempuan dah mmg mudah menangis..org lelaki ni yg payah bebeno nak nangis..ape lerr yg nak disegankan..nangis la sorang2 dlm bilik bukan org tau pun..macho tetap tak ilang beb kalo lelaki m'nangis hehe..jgnla korang pandang rendah pada keajaiban titisan air mata ni..segala masalah dan stress akan mengalir keluar melalui titisan air mata yg korang keluarkan..ianya juga sebagai bahan pencuci mata secara semula jadi..Subhalllah Kuasa Allah..so nangis la skrg..heheh

4. Menjerit

Ada sesetengah org bile stress..die akan lega bile die dpt menjerit seolah2 stress die akan pergi terbang jauh sejauh n sekuat jeritan die tu..tp biasanya teknik ni berkesan..kenapa sb aku pernah tgk dlm tv..org tu mmg ada masalah yg die sendri tak dpt tanggung..pastu dtg seorang ahli psiko logi ni..hehe..die bawa si pesakit ke atas bukit, suasanya sejuk n nyaman dan angin bertiup sepoi2 bahasa giteewww hehe..mmg nyaman..dan die (si pesakit membawa beberapa belon yg dah siap tiup tu..(alaaa budak2 kecik mmg suka)..so teknik yg diajarkan ialah..si pesakit akan pegang belon pertama, dan jerit sekuat hati..lebih kurang mcm ni "mulai saat ni..semua sakit hati, luka kecewa dendam atas ape yg ko buat kat aku, ko curang dan main kayu tiga..ko rembat semua duit n harta pusaka aku, aku tak heran!! harta aku bnyk lg kat turkistan, afghanistan, goheadgoestan..hehehe dan aku kini menjadi seorang yg lebih kuat, tabah, dan semangat" lalu die lepas kan belon tu seolah2 masalah tu telah terbang n pergi jauh dari diri..pastu jerit n lepaskan belon kedua dan seterusnya..(satu belon adalah satu masalah @ stress yg tersimpan) serius!! mmg release..so korang leh la buat gini kalo korang rasa
korang stress..hehe..

5. Mandi

ye! Mandi mmg akan hilangkan stress..ok..cuba korang tak mandi sehari,takpun 2 hari atau myb 2 mggu tak mandi..korang stress tak?? kawan2 serumah yg tgk korang tak mandi pun stress..laki bini pun leh gaduh tau kalo pasangan die tu tak suka mandi..eee stress beb!! haha..ok percaya or tak..Mandi ni selain mencuci kekotoran di badan, ia sebenarnya membaiki tenaga or aura yg mengelilingi tubuh kita yg mana aura/tenaga ni memiliki 7warna sama seperti 7 warna pelangi..Percaya or tidak tubuh badan korang skrg ni diselaputi oleh satu aura/tenaga yg mana korang mmg tak boleh nampak ngan mata kasar, tp boleh dilihat melalui camera aura..ok sok boleh g beli camera aura RM60,000 utk scan tenaga/aura korang..hehehe..ok2 seeloknya mandi biarlah dari shower..kalo sebelum ni selalu mandi pakai gayung amik kat tempayan tu so tukar mandi pakai shower..(alaa air paip yg keluar dari atas mcm air hujan tu)..ok..kalo stress korang tu mmg tak leh handle..korang g lah mandi air terjun..pastu duk bawah air terjun yg btol2 sedang jatuh dari atas..n biarkan air2 terjun tu mengetuk-ngetuk kepala kita..kenapa?? sb air terjun mempunyai tenaga kinetik yg sgt bagus..selain airnya yg semula jadi tnpa ad pencemaran ianya sgt bagus utk memberi kelegaan dan kesegaran pada tubuh badan kita..so sesekali pergila mandi air terjun..

*tambahan*..selalula memakai wangi wangian..wangi2an akan memulihkan perasaan yg sedih kpd gembira dan tenang..pastikan badan sentiasa dlm keadaan lembab..tak terlalu basah n tak terlalu kering..sb itu Allah sarankan supaya kita sntiasa kekal dlm berwuduk..(Wallahualam..Rahsia Allah)..dan rajinla membaca Al-Quran kerana ayat2 al-Quran itu memiliki tenaga positif yang akan diserap oleh jiwa sipembaca..insyaAllah...


heheh..nak lagi?? ok kita jumpa next entry utk tips yg lain pula ye...te amor..heheh

Tuesday 5 July 2011

Doa Seorang IsTeri

Assalamualaikum semua..

Just nak share doa seorang isteri pada korang..Memandangkan ramai kwn2 yg dah berkahwin and bakal mendirikan rumah tangga..Jadi, elokla kiranya doa ini dikongsikan bersama..Elokla di amalkan..InsyaAllah..meh baca skit meh mcm mane doanya ni ha..hehe

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
 Kau peliharakanlah lidahku dari kata-kata nista
Kau Kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu diarash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan utk terus bersamanya
Sekiranya Suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tinglah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan utk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dgn keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu utk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku utk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utkku
Kau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbingla aku ke jalan yg Engkau Redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjwbku sebagai isteri
Kau hukumla aku didunia tapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka, Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbingla aku menjadi isteri soleha
Hanya padaMu ya Allah ku pohon segala harapan
kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
kerana aku insan lemah yg kerap keliru
kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
kerana pendek akalku menghadapi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
isteri yg dikasihi
isteri yg soleha
Isteri yg sentiasa dihati

amin amin Ya Rabbal Allamin


(fuh panjangnya...letih ke baca? hehehe)

Monday 4 July 2011

MinYak WanGi.. ;)

Assalamualaikum w.b.t kwan2..

Bertemu kita kembali..

kenapa dgn minyak wangi ek? heheh ok arini nak share tntg layak ke tak minyak wangi yg kita pakai yg ad alkohol tu nak bawak pegi sembahyang..so sebelum tu..nak ingatkan kat korang..solat tu tiang agama..jadi kita sentiasa kene cuba mencari yg terbaik utk solat kita kan.. hehe..

So ini just nak sharing je ngan u olls semua...maklumat ni bukanlah sy reka semata tp mengambil maklumat dari majalah Solusi..so lepas ni drp duk asyik beli majalah playboys..so sesekali kita beli la majalah solusi ni..hehe.. so, sy copy soalan and jawapan dari majalah solusi utk tmbah pengetahuan korang.. :)

Soalan : Adakah minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yg beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu betul ni sebenarnya? pening tau tak aku pk..(hehe ayat yg belakang tu saje ditambah..)

JawaPannyerrR :

Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampukan dengan arak.

Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alkohol yang dihasilkan drp biji-bijian ini yang dinamakan sebagai "alkohol Etil' (alcohol Ethyl) atau 'thanol". Sementara kayu-kayuan pula disebut sebagai "Methyl" atau Metanol. Alkohol Etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.

Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yg digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak(absolute ethanol) yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alkohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati! haha ;)

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya'rawi dalam bukunya Anta Tas'al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol tidak najis..

Alhamdulillah maka terjawabla soalan..Selamat la minyak wangi yg korang dah beli..hehehe

Period Dtg LAGIII???

period dtg lagi??? hehe

hehe..standardla kan org prmpuan mesti dtg period tiap2 bulan..eh nape? korang segan ke nak nak baca? relax la..buat2 tambah ilmu katakan...hhehe

Salam kasih cinta dan syg buat kalian, mohon keberkatan dari Allah supaya kita sntiasa dilindungi dan disayangi Allah selalu..

ok2 aritu adla kwn2 cite soal dtg bulan ni(period ni la)..ad yg tnya ntah kenapa asal dtg bulan je mesti nak mengamuk sana sini, kalo takde cawan n pinggan pecah mesti tak sah..rasa tak puas gtu..hehe..mesti ad je tak kena..rasa nak menjerit sepuas hati, kalo boleh biar satu dunia tau yg kita mmg tgh takde mood! so korang jgn cari pasal ngan aku (mcm tula lebih kurang ayat kita kan)haha..tp ntah nape jd mcm tu..diri sendiri pun tak faham.."adekah aku ni mmg jenis kuat mengamuk mcm ni bille aku dtg period?" @ mmg darah keturunan aku terwarisi dgn sifat amuk amukkan bille dtg period..hahaha..

ok2..utk pengetahuan korang..adalah normal bagi seseorang wanita utk rasa emosional bile dtg haid..hal ini akan bermula kira2 2 minggu sebelum dtg haid dan akan berpanjangan sehingga dtg haid tersebut..

semua ini adalah gara2 @ kesan daripada rembesan hormon progesteron yg ada dlm badan wanita yg meningkat pada masa kedatangan haid..hehehehe contohla korang ni tanpa sedar asyik marah2 and bergaduh je ngan suami/pasangan korang..pastu mulala si pasangan ni akan complain "syg ni kenapa ha asyik duk mengamuk tak tentu pasal?, ingat tak letih ke nak layan perangai syg mcm ni je selalu"haha..so korang leh la cover balik.."hei syg! dlm bdn sy hormon progesteron sedang meningkat ketika sy dtg haid @ period..jd sy sedang melalui proses premenstrual tension!, proses semula jadi mcm ni mana leh control! so awak tu tak reti2 ke utk menuntut ilmu mengenali proses kejadian wanita and kaji sifat kewanitaan seperti sy, itukan tanggungjwab awak sebagai lelaki!.."hahah..(ni mmg btol2 angin pus2 dah keluar, mengamuk manjang)..haha nasibla korang..pandai2la nak handle.. :)

NAPE NAK CARI PASAL JE NIH!

"Awak ni dah kenapa hah? apehal nak cari gaduh je ni? sy dah la tgh stress, stress ngan keje, ngan duit, stress ngan budak serumah, stress itu stress ini..boleh tak jgn cari pasal? arrrrgghhh grrrrrr!!!"



hehehe..mungkin ni salah satu drama korang bile time gaduh2 ngan bf/gf korang kan..tak yah ckp korang je,kdg2 aku pun sama, mcm tu lah lebih kurang bile tak puas hati..haha..

Sebenarnya entry kali ni utk share dgn korang tips yg kita boleh gunakan if kita asyik bergaduh n salah faham je ngan pasangan kita..tp tips ini juga sesuai apabila berselih faham dgn org lain juga..:)

(ape2 pun semua nama and watak adalah rekaan semata2) just nak sharing utk kegunaan kita skrg n masa  depan..

luahan .. hehe : aku stress sgt2 dah ni..tak leh pk dah..-------------------------- (bnyk lgi..kita short kan je)

(aku sgt terkesan dgn permasalahan rakan baikku, kerana amat amik berat tntg kisah beliau, terlintas di benak fikiran utk membantu, kalo ikutkan hati mau saje bersemuka dgn pihak lelaki and memberi sedikit coaching..haha..jadi aku memberi tips2 buat beliau supaya timbul perasaan lega, happy and sntiasa rasa memdpt sokongan dari kwn2.. jd aku pun jwbla..lebih kurang mcm ni....

---------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t,

meh kita sama2 selawat ke atas Nabi Muhammad saw n panjatkan doa pada Allah bnyk2 minta perlindungan and pertolongan dariNya..

(hehehe) :)

odah (rekaan semata)..aku dgr dah cite ko...bersabar bnyk2..ad tu jalan penyelesaiannye..
seperti yg sedia maklum, nampaknya pihak si abdul(rekaan juga) tu yg emosi terlebey, (nak kene mandi bunga abdul ni,,hehehe)..mungkin die jadi mcm tu sb syg n takut kehilangan ko..

Namun, semuanya boleh diatasi..(tp mcm mane ek)..mungkin ni tips yg aku boleh bg..tp tak semestinya sesuai dgn ko..

1. bermesyuarat

(tak semestinya perlu ad pengerusi n pencatit minit masa)..cukup sekadar ko n abdul tu..duk bincang elok2..(tp eloknya bincang jumpa la jgn bincang dlm tepon..dptkan kata sepakat..cari ape sebenarnya punca permasalahan..tp kalo si abdul tu still emosi n ego tak mao turun..(ko ketuk ckit kepala die)hehehehe *gurau*
 (mengikut pada crita ko, badul *badul adlah nama timangan abdul*hehe, minta ko berhenti sb setan bnyk sgt menghasut kepala die yg menyatakan ko curang *cis! mudah nye menuduh rakanku sebegitu, siap die!* hehehe..

(pada aku, minta bermesyuarat sekali lg, catitkan ape keburukan n kebaikan kalo ko berhenti..(perbincangan ko n badul mesti lah dlm keadaaan yg sgt tenang, takde emosi2..kalo boleh pasang lagu2 romantik, or bunyi air terjun..supaya korang leh dpt kata sepakat yg sepakatnya, sediakan rotan, sape2 yg emosi, minta pihak satu lagi belasah punggung die..hahaha..

lets say kalo die minta ko berhenti selepas kawen, boleh je nak berhenti..tp duk umah tak leh saje2..t ko boring..*tak pe aku de bisnes leh suggest..hehehe* lari tajuk! soryy)..
if badul betul2 leh tanggung ko, ape salahnye ko berhenti..ko duk la ngan die..sntiasa depan mata die..itu lebih berpahala daripada asyik duk bergaduh..pastu t dah kawen pasang ayat2 suci al-quran tiap2 hari kat telinga badul supaya setan terbakar je bile time nak hasut si badul tu utk cari gaduh ngan ko..hehehe..

2. bersabar...

memandang kebanyakan sb korang bergaduh adalah dtgnya dari si badul tu..maka untuk mengekalkan hubungan korang, salah sorang perlu bersabar..(tp bersabar ad had nye beb!, mcm ne nak uat tu...jd kesabaran ko tu mestilah dtgnya dari istilah 'sabar dan tegas!'... sebagai contoh,(pengalaman sndri..aku salah faham ngan dato' S* bf aku seorang dato' ok! haha*..kdg2 aku emosi sehingga mencabar perasaan n kewibawaan die sbgai lelaki..tp mcm ne dato' S handle aku? .. dlm die bersabar.. sesekali die sound aku gak..."kenapa biadap sgt sekali ni? sape ajar awk berperangai mcm ni..jgnla ikut sgt hasutan syaitan tu..sbar boleh tak sabar..pap! handphone diletak..)senyap sunyi..masing2 melayan emosi..dan aku menangis dan bila dah kena sound mulala rasa insaf dan meminta maaf..(hahaha ok tak drama kitaorang)...

jd kalo si badul buat ko hangin..ko sabar..bile die naik lagi ego die..ko diam..(silent is good signal to man that she is angry!) ceh wah..tp kalo die melampau..ko tegas..nyatakan pendirian ko..(jgn membebel) ckup katakan point shj, kalo boleh sedia powerpoint slide show sb kalo die tak dgr cakap ko sekurang-kurangnya die boleh baca..hahah,pastu dah..bagi masa masing2 berfikir...

tp kalo die ego jugak..fine pegi mahkamah cerai!...hahaha ( ni tips tak bagus ye..jgn ikut)..

isteri yg baik adalah isteri yg boleh bersabar n setia disamping suaminya.., boleh bertahan selagi die tak angkat tangan(mencederakan ko)..tp once die angkat tangan..plzz bla je..angkat kaki..goodbye!..(tegas kan..haa kene mcm tu tegas! tp saaabbaarr...

hehehe..larat ke korang nak baca?...

ok ckup kot 2 tips..ke nak lagi?

;)



just sharing..kita jumpa next entry ye kwn2..